macam ayat hipotesis UPSR masa zaman dolu. ketika zaman sains masih berbahasa melayu. semakin rambang di mata kamu, semakin rambang pada fikiran saya. masih terngiang-ngiang suara cikgu bercakap-cakap tentang pembolehubah. bersandar, tak bersandar dan yang bergerakbalas. kemudian pembolehubah bersandar ditukar pembolehubah menjadi yang dimanipulasikan. mungkin kanak-kanak pada ketika itu lebih memahami apa itu 'dimanipulasikan' berbanding 'bersandar'. selalunya, kalau tajuk datang dulu, isi dia macam pelik dan mungkin sedikit jelek dan jengkel di hujung mata-mata rawak yang mellihat dan membaca. macam sekarang.