Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Manusia tanpa syaitan.

kalau ikut perkiraan bulan bintang, tolak hari ni tinggal lagi 5 hari.

ini hari, petang tadi.*grin*

dari rumah bersama tenggiling, start enjin. *sengih* gerak.traffik light cepat betol tukar kaler merah. *sengih* banyak kereta.banyak lori.jalan jadi slow. *sengih* sebuah kancil menyangka beliau adalah motor. selamba saja di atas lane. "buduh!" maki sekejap.*sengih kembali* jalan kembali tenang.lancar.cuaca pun baik.alhamdulillah *sengih* bertemu lagi saudara traffic light tadi. sungguh cepat bertukar merah. tiba-tiba sebuah pajero berhalusinasi beliau adalah beca. "@#$%^&*!!!!carutan berganda. *sengih selepas seketika* tersilap simpang.kena hon.berasa seperti ditimpa tulah sikancil. masa semakin suntuk.oleh itu bertukar destinasi. *sengih* hampir sesat.kecuaian sendiri memahami signboard. aduh.*sengih* akhirnya sampai.lega. masuk.berasa kekok bimbang bakal sesat.ekspresi pura-pura biasa.lihat kanan, lihat kiri. mata-mata asing merenung kaki.renungan jengkel. berselipar jamban bertanda nombor. *sengih dalam hati* jalan laju-laju.bimbang tiket habis. beratur. penanti

rambang dimata kamu, rambang lagi pada fikiran saya

macam ayat hipotesis UPSR masa zaman dolu. ketika zaman sains masih berbahasa melayu. semakin rambang di mata kamu, semakin rambang pada fikiran saya. masih terngiang-ngiang suara cikgu bercakap-cakap tentang pembolehubah. bersandar, tak bersandar dan yang bergerakbalas. kemudian pembolehubah bersandar ditukar pembolehubah menjadi yang dimanipulasikan. mungkin kanak-kanak pada ketika itu lebih memahami apa itu 'dimanipulasikan' berbanding 'bersandar'. selalunya, kalau tajuk datang dulu, isi dia macam pelik dan mungkin sedikit jelek dan jengkel di hujung mata-mata rawak yang mellihat dan membaca. macam sekarang.