Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

bila mimpi jadi kenyataan

bila impian jadi kenyataan? pergh rasa seronok betol..kalau buleh satu donia kamu nak bagitau..paling-paling pun orang sekiling mesti tahu..selalunya kawan karib atau orang yang rapat-rapat... kalau mimpi jadi kenyataan... memang kadang-kadang mimpi best-best..macam kalu dapat makan free makanan lazat tapi bila jaga azan zohor pun belum berkumandang lagi..hampa bukan?kalau buleh rasa macam tak mahu bangun..kadang-kadang siap pasang doa lagi berbuka nanti lauknya nak dekat sama macam dalam mimpi siang tadi.. macammana kalau mimpi yang tak berapa nak best?tiba-tiba jadi kenyataan pula...haru... nota kaki:terasa diri macam angela petrelli.. selamat berulang tahun merdeka~

susun atur bukan 5s

susun perkataan sambil meng'kaya'kan bahasa. jika kamu diberi 2 perkataan..sila dengan suka hati susun perkataan itu secara begandingan.contoh seperti dalam iklan di televisyen.hati dan buah.susun jadi buah hati.. baik.mari mulakan..gandingkan 2 perkataan secara suka hati.. 1.kambing 2.sedap 3.najis 4.keras. selamat maju jaya~

berjalan - jalan di petang hari

hari pertama,jalan-jalan pada waktu petang bersama rumet mencari juadah berbuka.seronok betol berjalan di bazar..lagi - lagi kalau ada anak pokcik nudin (bukan nama sebenar). hahahaha riang ria berbunga-bunga terpesona...kalau ada lah... selamat berpuasa~

kenapa......

kenapa bila aku donlod fail pdf lambat saja..siap 1 jam lagi kena tunggu.tapi bila aku donlod cerita sungguh sekejap.5 saat pun buleh siap.memang mengkagumkan. lain contoh tedekat seperti sekarang.kejap betol dia load nk update blog.tapi nak buka science direct punya lah bercinta. sebentar tadi pun dia pandai mengeciwakan aku. donlod cerita dah siap pun.210 Mb lagi.tapi fail pdf yang 'amat besar tu' ...fail?cis!'amat besar'..2Mb akibatnya aku sudah khatam pun mei-chan no shitsuji.memang seronok cerita ni.lagi-lagi bila frust setadi project management & economic.buleh sambung keesokan harinya sampi habis lepas frust tak dapatjawab PME. esok kena jumpa sv PD dan PSM..agak2 cerita apa pula aku buleh khatam esok malam? orang kacak dan pedangnya amoi heroin bila berambut panjang... orang kacak bersama amoi heroin mereka

hobi itu mengisi masa lapang

aku memang tidak gemar kalau program motivati ada sesi memperkenalkan diri. selalunya mereka akan tanya hobi dan cita-cita. seperti soalan yang membunuh. bila fikir akan ketiadaan hobi dan cita-cita terasa seperti ada yang tidak kena, lalu kebiasaannya aku akan berharap menjadi orang yang akhir-akhir,senang mahu goreng hasil penjanaan idea dari mereka yang lebih awal. " walaupun tarikh akhir masih lewat jangan awak fikir boleh berehat.bila ada masa lapang cari lagi maklumat dan buatlah tugas awak.elakkan kerja saat akhir.awak mungkin akan tertinggal maklumat yang penting "-oleh dr ramesh versi telah diolah berbahasa melayu selepas ini mungkin aku sudah ada hobi. hobi yang diberi oleh dr ramesh. walaupun cita-cita itu masih samar2 sekian

ketika kamu ingin kata kamu terlupa...

...fikirkan kembali adakah pernah kamu ambil peduli berbekalkan jaringan tanpa wayar yang hidup segan mati pun tak berapa mahu melur menjengah peti emelnya setelah sekian lama membiarkan ia sepi...sepi tetapi tetap dipenuhi emel-emel yang dia tidak tahu siapa pengirim nya..sungguh misteri.selalunya dia membiarkan mereka-mereka bersemadi aman dalam kotak spam...biar mudah untuk dia membuangnya tanpa menjenguk walau sekilas cuma..akan tetapi ada juga beberapa di antara mereka yang terselamat..seperti k***********r .fikir melur dia cuma dengar perkara itu ketika membaca emel tersebut. seorang abg man (bukan nama sebenar)memberitahu bahawa aktiviti abg man dan rakan seperjuangan telah berjaya dijalankan. terdetik oleh melur "oh,bingung saya seketika" demi mencari jawapan bagi kebingungan seketika ini dia melawat sebentar kumpulan itu . lawatan seketika yang membuahkan hasil,jawapan dicari dihadapan mata kebingungan sebentar tadi terurai serta merta. "oh,mereka...patut la

sukarnya membuat keputusan

baru tadi aku pulang semula ke kampus..macam-macam aku fikirkan untuk update kali ini.ke tandas pun masih tidak terlepas berfikir.. fikir ...fikir lagi kembali berfikir... dilema sungguh aku ini.. oh,sukarnya membuat keputusan!