Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

azam akhir tahun

sempena tahun 2011 yang menjelang usia penghujungnya ini, aku berazam mahu update belog.ala-ala marathon gitu. tak kesah apa yang mahu dirapukan, direpek, asal kan ada tulisan yang ditaip. setiap hari. azam ini penuh berkobar. atau sepatutnya penuh berkobar-kobar aku berazam. walaubagaimanapun aku masih merasa ayat ini semakin aneh. kepada lot G, here i come~ kita jumpa petang ini ok?

khewring.erk..caring?

kau diam dan tidak bertanya. kau ignorance.hati batu. tak berhati perut. tiada perasaan. kasihan si kawan ditimpa kesusahan. hakikatnya kau menahan diri dari terus bertanya dan mengambil tahu. dilema hati memberontak mahu tanya itu ini bagaimana apa bila dan sebagainya. sabar dan terimalah hakikat. kau tidak layak. tenang, anggap tindakan itu betul dan seharusnya begitu. diam.diam. aku tahu hati, kau terguris lagi.

memandang dari belakang

adorable . =D

seharian di jalan raya.

bukan.bukan. sepatutnya begini, hampir seharian di jalan raya. itulah.duduk pejabat saja manalah kau tahu "nikmat" di jalan raya. ah.diam .jalan raya itu bukan site tahu! "nothing but the best for you" lagu ini best.silalah layan. dengan sepenuh hati. oh ya, lagu ini untuk kamu.sila enjoy. Someone Like You by Adele. nah.lirik siap. I heard that you're settled down That you found a girl and you're married now. I heard that your dreams came true. Guess she gave you things I didn't give to you. Old friend, why are you so shy? Ain't like you to hold back or hide from the light. I hate to turn up out of the blue uninvited But I couldn't stay away, I couldn't fight it. I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded That for me it isn't over. Never mind, I'll find someone like you I wish nothing but the best for you too Don't forget me, I beg I remember you said, "Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts i

ironika

sepatutnya aku bersedih bukan? atau seharusnya aku bergembira? kekeliruan ekspresi hati memang mengusutkan jiwa. hai hati, tenang-tenang kau... beliau memang haruslah bergembira. sidia beliau juga tidak kurang juga. mereka sememangnya harus bergembira dan merasai debaran-debarannya. kau? hey hati! apakah perlunya kau berdebar tak ingat dunia ini? ironik. kau aneh.

esok november.

berdebar serupa cis. sememangnya tak semudah ucap "tahniah in advance" cakap memang la tabah. aihh... tak sampai sebulan pun. oh tidak.. hati,tenang kau jangan goyah. eh.lusa november.

gambar sedap.

aihh..lapar pulak rase.

"somehow still work.."

=D

jauh perjalanan luas pemandangan.

shuuu~

counter.

"everyday i count." hhaha~

lagu ini.

sorry bang sorry bang.

aku langgar bontot orang tadi. exora putih kalau tak silap. tapi macam wish pun ada.tak kisah lah. hari malam, hujan baru nak berhenti. hari kedua aku bekerja semula. oh ya, bekerja semula buat aku rasa mahu bertukar azam. "saya mahu online semahunya di ofis.jika berkelapangan dan...line cear." hhaha~ on the way balik lepas melanggar orang aku terfikir 1 benda. "agaknya aku ditimpa tulah langgar side mirror viva tadi.masa selit-selit." agaknya viva tadi carut marut sebakul maki,"siap la woi ko accident nanti!" maaf lah wahai viva..betol weh aku memang tak sengaja.hujan2 ni buat aku kehilangan keupayaan menganggar jarak.maaf.maaf. maaf.

aduhai ralat.

rentetan daripada ini , ingin aku ucapkan sekalung tahniah, setinggi-tinggi penghargaan di atas kejayaan kau dan ceritera yang kau bawakan itu. ceritera kau dan monalisa itu memang hebat. superb.mengharukan.dramatis. part paling targis bila kau ditemukan dengan monalisa. shahdu. hak tuih. kau memang tahu ke aku memang akan percaya. sekali pun kau kata keretapi boleh cicah air jadi sekut. ah.kau kan hebat. bravo bebeh!

nasihat

silalah berputus harapan.. silalah berhenti berharap (pusing lagu berhenti berharap 1 please) silalah hentikan penungguan ini silalah lupa silalah abai bersilalah! "hey kenapa degil sangat kau ni?!!" dan pergaduhan versi melankoli pun berlaku.... berterusan.. berulang-ulang.. aihh..T_T

lagu-lagu yang berkumandang

"Wahai perantau-perantau di kota Pulanglah ke desa berhari raya Ayah serta bonda amat mengharapkan Kepulangan mu di hari bahagia Dalam kerinduan ayah dan bonda Segala juadah disediakan Mengharap pulangnya anak yang tersayang Usaha 'pakar' hati orang tua Indahnya beRAYA di desa...." eh?

Manusia tanpa syaitan.

kalau ikut perkiraan bulan bintang, tolak hari ni tinggal lagi 5 hari.

ini hari, petang tadi.*grin*

dari rumah bersama tenggiling, start enjin. *sengih* gerak.traffik light cepat betol tukar kaler merah. *sengih* banyak kereta.banyak lori.jalan jadi slow. *sengih* sebuah kancil menyangka beliau adalah motor. selamba saja di atas lane. "buduh!" maki sekejap.*sengih kembali* jalan kembali tenang.lancar.cuaca pun baik.alhamdulillah *sengih* bertemu lagi saudara traffic light tadi. sungguh cepat bertukar merah. tiba-tiba sebuah pajero berhalusinasi beliau adalah beca. "@#$%^&*!!!!carutan berganda. *sengih selepas seketika* tersilap simpang.kena hon.berasa seperti ditimpa tulah sikancil. masa semakin suntuk.oleh itu bertukar destinasi. *sengih* hampir sesat.kecuaian sendiri memahami signboard. aduh.*sengih* akhirnya sampai.lega. masuk.berasa kekok bimbang bakal sesat.ekspresi pura-pura biasa.lihat kanan, lihat kiri. mata-mata asing merenung kaki.renungan jengkel. berselipar jamban bertanda nombor. *sengih dalam hati* jalan laju-laju.bimbang tiket habis. beratur. penanti

rambang dimata kamu, rambang lagi pada fikiran saya

macam ayat hipotesis UPSR masa zaman dolu. ketika zaman sains masih berbahasa melayu. semakin rambang di mata kamu, semakin rambang pada fikiran saya. masih terngiang-ngiang suara cikgu bercakap-cakap tentang pembolehubah. bersandar, tak bersandar dan yang bergerakbalas. kemudian pembolehubah bersandar ditukar pembolehubah menjadi yang dimanipulasikan. mungkin kanak-kanak pada ketika itu lebih memahami apa itu 'dimanipulasikan' berbanding 'bersandar'. selalunya, kalau tajuk datang dulu, isi dia macam pelik dan mungkin sedikit jelek dan jengkel di hujung mata-mata rawak yang mellihat dan membaca. macam sekarang.

10 things i hate about you.

ewah tajuk entri.. macam familiar kan? dah tengok atau belom...serba sedikit tentang cerita ini oleh encik wiki disini. Perjalanan keseluruhan cerita ni sebenarnya aku pun dah lupa...banyak makan semut la tu. Tapi silalah setuju part heroin baca sajak 10 things i hate about you . dalam kelas bahasa inggeris memang tak lupa punya...akhir cerita ni hero yang terharu dengan sajak dan mereka berbaik2...itu cerita...bayangkan kalau watak sampingan, seorang yang tidak penting tak semena-mena baca sajak yang sama. gila pelik kan? ahh kawan itulah kehidupan... aku mahu tuju lagu...lagu nyanyian dalam penjara.ya...fofuler kan lagu tu...tapi bukan keseluruhan lagu..cuma part ayat "sedangkan aku cuma watak dalam percintaan.." selamat hari khamis semua~

cerita anak pokcik

cerita dia macam lagenda, up siket dari lagenda budak si tan, takpun ala-ala the untold story of anak pokcik.. atau the one and only anak pokcik. lebih kurang macam tu lah. aku mahu tuju lagu. lagu kau bukan pilihan hatiku.silap.aku bukan pilihan hatimu. gila overreact . ok aku mengarut. hhaha~

berkonflik

hati aku yang satu lagi menyuruh aku move on. beria-ia. sampai masa aku minta dia menahan diri tak mahu pula. kadang-kadang aku tak tahu siapa yang mendominasi. kebelakangan ni selalu juga kami bergaduh. haish.

kehidupan sendiri itu sememangnya terasing,terpulang kau mahu kongsikan ia atau kekal begitu.

Entri- entri kebelakangan ni nampaknya semakin tidak sesuai dibaca terutama bagi mereka yang sedang berkembang otaknya. Dikhuatiri akan memudaratkan, seperti pembantutan perkembangan otak. Hal ini yang demikian ekoran daripada unsur-unsur cas negatif terlampau yang berlegar-legar rawak di sebalik huruf-huruf bergandingan yang membentuk satu demi satu perkataan dan baris-baris ayat. Cas negatif ni macam toksin tahu? kalau aku taukey foot patch pasti aku promo: "gunalah footpatch saya ini..hanya lekat dan tidur, mudah bukan?" ditulis senada dengan harapan ia dibaca dengan nada ceria. Kenyataannya aku bukan. Jadi belilah jika kau rasa kau perlu. Pokoknya footpatch bukan isu aku di sini. Berbalik pada tadi. Ya, unsur-unsur negatif dan blog ini. secara rambang, usul kasarnya begini:- i) berhenti menulis. biarkan blog ni begitu sahaja.tiada update.bukapun jangan.biar berkulat.tapi dalam keadaan aku sekarang semacam mustahil ii) tutup blog ni dari public. update senyap2, baca sorang

aku jumpa kau esok aku nyanyi lagu ni...mau kah?

mesti kau kata aku gila.mereng.dan lain2. Kamu seperti hantu Terus menghantuiku Ke mana pun tubuhku pergi Kau terus membayangi aku Salahku biarkan kamu Bermain dengan hatiku Aku tak bisa memusnahkan Kau dari pikiranku ini Di dalam keramaian aku masih merasa sepi Sendiri memikirkan kamu Kau genggam hatiku Dan kau tuliskan namamu Kau tulis namamu Tubuhku ada di sini Tetapi tidak jiwaku Kosong yang hanya kurasakan Kau telah tinggal di hatiku kalau cukup tabah aku belanja kau bakso nanti. eh silap. saya belanja awak bakso nanti.. -.-''

ketika kau bersedih (edisi bukan keagamaan)

Kala malam hari, Tidurlah.. dengan hati yang menangis tatkala mata sudah tidak mampu merembeskan airnya Kerana hati yang menangis itu hanya ada kamu dan kamu lah yang punyai hati itu.. tidurlah dan berharaplah... bukan pada matahari.. agar kau dapat melihatnya esok hari kerana, a wise man said, "May sunshine light your way as you move on toward tomorrow.." berharaplah.. Harapan itu perlu. ***'edisi bukan keagamaan' tak bermaksud aku mengenepikan agama.. kau tak boleh ketepikan agama kau bila kau sedih atau gembira.. penulis tak ajar tu ya.. awalnya aku tak letak ia sebagai edisi apa2 pun.. ape yang aku nak sampaikan hanya selapis.. cuma kalau ada yang paham 2-3 lapis, lain fahamannya dengan ape yang aku maksudkan susah lah.. kusut betol kan? ah...tak kesah lah...aku tulis berlapis-lapis ke ape ke ade orang paham ke.. hhaha~ -selamat malam donia~-

Syn

Mari aku mulakan dengan kisah Syn.Syn Syn. Nama yang pelik, sebab mudah ditaip dan masa tu tak terfikir nak bagi nama manusia yang normal. Syn ada dua anak. Anak kembar perempuan. Lisa dan Sarah. Ok, mase ni dah pandai sikit2 aku bagi nama.haha.. Sarah.. kakak kembarLisa ni mati muda.(sebab tu hantu dia muda je..hhaha~) Mati terbakar bersama-sama portable fire pot. Biasalah kalau tak da skill masak memang mengundang dapur terbakar... Lisa yang meneruskan kehidupan tanpa kembarnya itu akhirnya mati jua, meninggalkan 6 orang anak. Maria, Elna, Nysa, Ali, Elijah & Harry..haha... Bapa Maria ialah Pierre Cooley (bot) seorang maid. Hasil hubungan larangan disisi agama ini melahirkan seorang bayi perempuan. Lisa yang kemudiannya insaf itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan Pierre, yang sudah pun berumur ketika itu. Malang bagi mereka, Pierre meninggal sebelum sempat Lisa propose beliau. Lisa yang masih bergetah itu mengambil keputusan drastik berkahwin dengan orang lain... Erich. Se

ceritera MEI

Inginku ungkap ..tak terucap Inginku tulis ..bukan puitis Inginku gapai ..tak tercapai Inginku nyanyi ..sumbang segala Inginku rintih ..tiada guna Inginku kisahkan ..tiada bernokhtah Apa mahuku gaduhkan ..bukan punya aku. Inginku pergi ia datang bila memerlukan pergilah ia tatkala selesai. Apa mahuku rindu ...bukan milikan aku. Bukanku soal perihal ketentuan Hanya mengenang peri manusia ::hhaha~ jiwa-jiwa.....::

Market survey

Dulu, aku diajar untuk membuat market survey, market survey ini penting.bla bla...ya betol, tidak dinafikan ia memang penting. Tapi bagi aku perkara melibatkan soal hati dan perasaan tak perlu kau nak test2 market kau. Umum atau khusus,jelasnya soal gender diketetepikan. Baik lelaki atau perempuan memang ada buat benda ni. "Berkawan biar seribu berkasih biar satu." Ya,itu kata kau. Konon biarlah berkawan dulu...Tapi baik kau, ataupun aku, masing-masing tahu test market dengan berkawan ni dua perkara yang tak akan sama. Mungkin kau lebih suka mendefinasikan ia sebagai berkawan? Kau ayat baek..punya, kau kata kawan?mungkin kau nak kumpul semua 'kawan-kawan' kau, buat list, kemudian pilih mana yang paling kau berkenan. Yang lainnya kau campak tepilah lepas tu. Tak kisah la kau pernah alami pengalaman buruk mase bercinta sebelum ni atau memang tabiat azali kau ke ape. Kau tahu ape yang kau buat. Janganlah minta maaf konon kau rasa bersalah. Kau fikir boleh menyelesai ke?

Timun Perkasa

Hai. Mari berkisar tentang timun.sebiji timun. Timun ni ayah aku beli di pasar.pasaraya.Mulanya ayah simpan ia dalam peti sejuk.Suatu hari ayah biarkan ia di luar.Seminggu lamanya. Timun perkasa memang hebat.tak lekang dek panas tak usang dek hujan.macam baru. hebat.dan meragukan.... hhaha~

telur ayam palsu

bercerita tentang telur palsu sedikit sebanyak memberi 2 imej, atau bayangan. situasi juga mungkin. situasi 1 fulan a: .....(pprrreeettttt...pom pom!) fulan b: pergh! bau telur!! sutuasi 2 fulan c: .....(puufff..) fulan d: eerghh! bau telur palsu! cara-cara mengenalpasti telur ayam original & palsu sudah banyak disiarkan di internet.

hari ini dan sejarahnya

hai lagi, hari ini, pada keesokanya, dan beberapa tahun akan datang pun adalah sejarah. sejarah semalam. "Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is God's gift, that's why we call it the present." (Joan Rivers) selamat berbahagia cinta~

aku, kamu dan monalisa

hai, Mari berkisah tentang hati, jiwa dan perasaan. Andaikan aku, kamu dua orang yang bertemu, berkawan dan berkasih sayang.. dan monalisa ialah seorang gadis. gadis biasa saja. bersederhana, berbudi bahasa, ringan tulang, etc etc...(bersifat baik yang lain-lainnya.) cukup sifat. suatu info disini, monalisa disenangi ibu kamu. ya, kebihannya di situ. nokhtah. Andaikan monalisa, kamu dua orang yang ditemukan, saling berhubung, berkawan, dan mungkin berkasih sayang... dan aku seorang gadis. gadis biasa-biasa.. .. .. ..bekerja, kerja, kerja dan kerja. juga bersifat,namun samar - samar, kabur, tiada kelebihan. Andaikan. kamu, monalisa, dua orang yang berkasih sayang, disenangi ibu, dan bahagia. sebetulnya begitu. nokhtah

mimpi ngeri

hai, bervideo game memang best. lagi2 kalau boleh main macam Gamer.hhaha~. ..Bagi orang yang tak mampu macam aku dapat mimpi pun da ok. tapi kalo boss pun ikut join memang mimpi ngeri.. huh. gile spoil

pelajaran hari ini

hai, ini ialah scaffold ye adik-adik..

hari ini dan cerita semalam

hai. hari ini di mulai dengan duduk menghadap skrin..dan ketawa-ketawa bersama rakan.(mulakan hari anda dengan ceria) menyudahkan kerja semalam pada permulaan hari hari ini sememangnya menguji ketahan hati, minda dan mata. bertahan2...yosh!

cuti hari ini

salam maulidurrasul~

hai ho!

selamat tahun baru cina. khas untuk chong;si hensem ,walau aku tahu kau tak baca blog, chong, haha.juga buat bos ku dulu, ooi, clsmate & exclassmate & secion mate; jo ann, in shi & tio, & lain2 lagi, serta semua warga cina. buat kawan-kawan yang bekerja, esok sila ke kerja ya, hhaha~