Kehidupan sekeliling mungkin menjadikan kau seorang survivor atau seorang lemau. Jadi, bercakap fasal lemau, atau pun semangat survivor , ia bergantung pada kebolehan kau dalam membuat keputusan hidup. Memandang ke belakang, membolehkan aku berkonklusi bahawasanya aku sorang 'noob' dalam keputusan hidup. Tetapi, suka aku ulang-ulang, kehidupan itu sendiri tak ada betul-salah dia. Jadi, ini kisah seorang noob, sengaja aku kongsikan, just in case . Dulu, waktu aku bersekolah rendah, sekolah aku ialah sekolah rendah yang mana semua murid dia adalah perempuan. Zaman ketika itu kau boleh beli sepiring mihun goreng atau nasi lemak dengan harga 30sen, yang mana pada fikiran aku ketika itu, mahal. Jadi, kekerapan aku ke kantin sekolah, membeli makanan, diulang, membeli makan dalam kurang sepuluh kali sepanjang aku bersekolah di situ. Iaitu kira-kira 2 tahun masa persekolahan memandangkan keluarga aku dulu berpindah-randah. Jarak antara sekola...