Skip to main content

Sindrom makcik - makcik: Bercerita

Kehidupan sekeliling mungkin menjadikan kau seorang survivor atau seorang lemau.  Jadi, bercakap fasal lemau, atau pun semangat survivor, ia bergantung pada kebolehan kau dalam membuat keputusan hidup.  Memandang ke belakang, membolehkan aku berkonklusi bahawasanya aku sorang 'noob' dalam keputusan hidup. Tetapi, suka aku ulang-ulang, kehidupan itu sendiri tak ada betul-salah dia.  Jadi, ini kisah seorang noob, sengaja aku kongsikan, just in case.

Dulu, waktu  aku bersekolah rendah, sekolah aku ialah sekolah rendah yang mana semua murid dia adalah perempuan. Zaman ketika itu kau boleh beli sepiring mihun goreng atau nasi lemak dengan harga 30sen, yang mana pada fikiran aku ketika itu, mahal. Jadi, kekerapan aku ke kantin sekolah, membeli makanan, diulang,  membeli makan dalam kurang sepuluh kali sepanjang aku bersekolah di situ. Iaitu kira-kira 2 tahun masa persekolahan memandangkan keluarga aku dulu berpindah-randah.  

Jarak antara sekolah dan rumah ketika itu cuma kira-kira 10 - 15 minit berjalan kaki. Jadi, setiap pagi kami adik - beradik akan berjalan kaki ke sekolah.  Abang-abang aku akan sampai dulu, sementara aku perlu berjalan lagi beberapa minit merentasi kawasan sekolah dia-orang, sambil menikmati suasana berjalan seorang diri, tatkala orang-orang sekeliling kau memakukan diri sebab sekolah abang aku mengamalkan sistem loceng 3 kali.  Loceng pertama untuk mematungkan diri, kedua kutip sampah berhampiran dan buang ke tong sampah, ketiga berhimpun.  Bahagian menarik ialah loceng pertama, masa ini, tak kira apapun yang murid-murid sekolah itu lakukan, mereka berhenti mematungkan diri. Kiranya kalau kau sedang berlari, 'patung kau' pun sedang beraksi berlari. Kalau nasib kurang baik kau sedang bangun dari mencangkung, separa mencangkung lah kau masa tu.  Menarik, bukan?  Kadang-kadang, aku terikut-ikut mematungkan diri. Kadang-kadang, perbuatan itu disengajakan.  Mungkin itu adalah salah satu sebab aku selalu tidak menyertai perhimpunan sekolah aku.  Setiap kali aku terlepas perhimpunan sekolah, (yang mana kebanyakannya disengajakan sebab aku takut nak masuk dewan bila perhimpuna sudah mula) aku akan cepat-cepat masuk kelas letak beg, kemudiannya akan pura-pura berpusu-pusu masuk ke kelas bersama murid-murid yang lain selepas perhimpunan selesai.  Itu, sebelum sekolah aku menguatkuasakan 'pengawas sekolah'.

Memandangkan jarak sekolah yang hampir dengan rumah, kami akan makan tengahari selepas pulang sekolah.  Jadi, kebanyakan wang saku aku dibelanjakan di kedai buku, membeli pemadam. Selebihnya masuk tabung. Emak, seorang yang selalu menanamkan sifat menabung pada anak-anak.  Wang simpanan aku kemudiannya aku akan belanjakan membeli gula-gula getah, yang aku kirim dengan abang aku, sebab sekolah dia ada jual gula-gula getah, sekolah aku, tidak.  Gula-gula getah pertama aku ini istimewa sebab dia didatangkan dengan tiga warna satu pek. Merah, kuning dengan oren yang mana rasa dia lebih kurang sama.  Tidak lupa barang-barang lain, yang mungkin aku akan cerita lain kali.

Pemadam, ia adalah suatu barang yang hot pada ketika itu. Tidak tahu mengapa, cuma dari pemerhatian aku, kebanyakan penulis blog kelahiran 80-an ada obsesi pada pemadam ketika zaman sekolah rendah. Obsesi ini bersifat sementara, berkadar songsang dengan pertambahan usia. Aku pula, pada pemikiran budak seusia 7 tahun, terjebak dalam obsesi ini setelah curi-curi tengok koleksi pemadam abang aku. Bagi aku, memiliki suatu koleksi adalah salah satu langkah kedewasaan. Memandangkan koleksi setem beraneka bentuk dan dari pelbagai negara merupakan perkara mustahil bagi aku. Dulu, ada juga pencubaan untuk kumpul setem. Emak, seorang kerani ketika itu akan membawa pulang sampul surat kosong terpakai beserta setem sebagai tanda sokongan.  Beliau juga ajarkan kami adik-beradik cara-cara memisahkan setem terpakai dengan sampul surat dengan rendamkan dalam air.  Tunggu sekejap, selepas itu setem akan dapat dipisah dari sampul dengan mudah, tanpa cela. Dalam kes ini, kami tidak rendamkan keseluruh sampul dalam air, dapat bayang, kan?  Setelah kering, aku akan simpan dalam bekas biskut aluminum, bersama barang - barang lain yang kini, tidak aku ingat.  Ketika itu, album setem adalah sesuatu yang termasuk dalam kategori 'tak tercapai akalku'. Pada pengetahuan aku yang tersekat ketika itu, album hanyalah untuk gambar.  Jadi, bila seorang kawan sekolah, lebih kurang empat ke lima tahun kemudiannya bercerita tentang album setem, aku membayangkan dia, menyimpan setem-setemnya dalam album gambar.  Sehinggalah dia, membawa ke sekolah album setem tersebut keesokan harinya.


-hingga bersambung kemudian..

Comments

Popular posts from this blog

Sunrise di Dataran Lang?

baru-tak baru sangat ni aku pergi langkawi. terpengaruh dengan gamba yang amat cantik diambil oleh seorang hamba Tuhan ni jadi kami ke Dataran Lang untuk menanti matahari terbit. gigih tahu.  tempias-tempias cahaya matahari bersama bulan  sang helang dan bulan stalk sang helang sebelum pulang. Nah terbukti. Kalau kau menghadap laut di tempat ini & berharap melihat matahari terbit, jangan lupa pusing belakang. better luck next time!

ketika itu kami berbual pendek

aku : sehat? beliau: sehat. beliau diam sejenak lalu menyambung bersahaja beliau:biasalah tu..sampai masa...padam.. beliau senyum.. sungguh bersahaja aku senyum.... kelat aku kemudiannya berlalu.. pura-pura ingin membuat sesuatu minggu lepas kami makan abc bersama.bukan abc yang ingin aku gaduhkan.hanya kerana aku tidak ingin lupa hari itu. sekian