Skip to main content

Market survey


Dulu, aku diajar untuk membuat market survey, market survey ini penting.bla bla...ya betol, tidak dinafikan ia memang penting. Tapi bagi aku perkara melibatkan soal hati dan perasaan tak perlu kau nak test2 market kau.
Umum atau khusus,jelasnya soal gender diketetepikan. Baik lelaki atau perempuan memang ada buat benda ni.

"Berkawan biar seribu berkasih biar satu."

Ya,itu kata kau. Konon biarlah berkawan dulu...Tapi baik kau, ataupun aku, masing-masing tahu test market dengan berkawan ni dua perkara yang tak akan sama.

Mungkin kau lebih suka mendefinasikan ia sebagai berkawan? Kau ayat baek..punya, kau kata kawan?mungkin kau nak kumpul semua 'kawan-kawan' kau, buat list, kemudian pilih mana yang paling kau berkenan. Yang lainnya kau campak tepilah lepas tu.
Tak kisah la kau pernah alami pengalaman buruk mase bercinta sebelum ni atau memang tabiat azali kau ke ape.

Kau tahu ape yang kau buat. Janganlah minta maaf konon kau rasa bersalah.

Kau fikir boleh menyelesai ke?

Comments

Popular posts from this blog

Sindrom makcik - makcik: Bercerita

Kehidupan sekeliling mungkin menjadikan kau seorang survivor atau seorang lemau.  Jadi, bercakap fasal lemau, atau pun semangat survivor , ia bergantung pada kebolehan kau dalam membuat keputusan hidup.  Memandang ke belakang, membolehkan aku berkonklusi bahawasanya aku sorang 'noob' dalam keputusan hidup. Tetapi, suka aku ulang-ulang, kehidupan itu sendiri tak ada betul-salah dia.  Jadi, ini kisah seorang noob, sengaja aku kongsikan, just in case . Dulu, waktu  aku bersekolah rendah, sekolah aku ialah sekolah rendah yang mana semua murid dia adalah perempuan. Zaman ketika itu kau boleh beli sepiring mihun goreng atau nasi lemak dengan harga 30sen, yang mana pada fikiran aku ketika itu, mahal. Jadi, kekerapan aku ke kantin sekolah, membeli makanan, diulang,  membeli makan dalam kurang sepuluh kali sepanjang aku bersekolah di situ. Iaitu kira-kira 2 tahun masa persekolahan memandangkan keluarga aku dulu berpindah-randah.   Jarak antara sekola...

Sunrise di Dataran Lang?

baru-tak baru sangat ni aku pergi langkawi. terpengaruh dengan gamba yang amat cantik diambil oleh seorang hamba Tuhan ni jadi kami ke Dataran Lang untuk menanti matahari terbit. gigih tahu.  tempias-tempias cahaya matahari bersama bulan  sang helang dan bulan stalk sang helang sebelum pulang. Nah terbukti. Kalau kau menghadap laut di tempat ini & berharap melihat matahari terbit, jangan lupa pusing belakang. better luck next time!

ketika itu kami berbual pendek

aku : sehat? beliau: sehat. beliau diam sejenak lalu menyambung bersahaja beliau:biasalah tu..sampai masa...padam.. beliau senyum.. sungguh bersahaja aku senyum.... kelat aku kemudiannya berlalu.. pura-pura ingin membuat sesuatu minggu lepas kami makan abc bersama.bukan abc yang ingin aku gaduhkan.hanya kerana aku tidak ingin lupa hari itu. sekian