Skip to main content

waktu sibuk dan waktu tidak kurang sibuk

waktu sibuk

kau ada banyak kerja
banyak benda kau nak kena setel
itu ini semua kau kena buat.
kau fikir itu ini
kau serabut sana sini
mana satu nak mula kau pening kepala
last2 kau surf sana sini
online itu ini
stalk orang itu orang ini.
ko donlod cerita itu ini
tengok sambil kerja selang seli
release tension kau kata
insaf sekejap
kau pujuk hati
"sabarlah diri siap semua kau tengoklah sampai lebam pun tak pa"
setel satu kau enjoy tak lupa diri
esok lusa serabut kembali
kawan ajak sana ke sini
kau kata kau busy

waktu kurang sibuk

kerja kau hampir setel
tunggu lampu hijau saja kau berhambat balik
tapi kau tak rasa kerja kau setel
kau tak rasa enjoy
macam tak percaya
kau ada banyak masa
ko boleh donlod cerita sana sini
kau boleh tengok dia sampai lebam
ko boleh online itu ini

ko donlod cerita satu dua
kau tak tengok dia
kau surf sini sana
kau rasa kosong
kiri kanan kau kaku
kau rasa beku



Comments

Popular posts from this blog

Sindrom makcik - makcik: Bercerita

Kehidupan sekeliling mungkin menjadikan kau seorang survivor atau seorang lemau.  Jadi, bercakap fasal lemau, atau pun semangat survivor , ia bergantung pada kebolehan kau dalam membuat keputusan hidup.  Memandang ke belakang, membolehkan aku berkonklusi bahawasanya aku sorang 'noob' dalam keputusan hidup. Tetapi, suka aku ulang-ulang, kehidupan itu sendiri tak ada betul-salah dia.  Jadi, ini kisah seorang noob, sengaja aku kongsikan, just in case . Dulu, waktu  aku bersekolah rendah, sekolah aku ialah sekolah rendah yang mana semua murid dia adalah perempuan. Zaman ketika itu kau boleh beli sepiring mihun goreng atau nasi lemak dengan harga 30sen, yang mana pada fikiran aku ketika itu, mahal. Jadi, kekerapan aku ke kantin sekolah, membeli makanan, diulang,  membeli makan dalam kurang sepuluh kali sepanjang aku bersekolah di situ. Iaitu kira-kira 2 tahun masa persekolahan memandangkan keluarga aku dulu berpindah-randah.   Jarak antara sekola...

Sunrise di Dataran Lang?

baru-tak baru sangat ni aku pergi langkawi. terpengaruh dengan gamba yang amat cantik diambil oleh seorang hamba Tuhan ni jadi kami ke Dataran Lang untuk menanti matahari terbit. gigih tahu.  tempias-tempias cahaya matahari bersama bulan  sang helang dan bulan stalk sang helang sebelum pulang. Nah terbukti. Kalau kau menghadap laut di tempat ini & berharap melihat matahari terbit, jangan lupa pusing belakang. better luck next time!

ketika itu kami berbual pendek

aku : sehat? beliau: sehat. beliau diam sejenak lalu menyambung bersahaja beliau:biasalah tu..sampai masa...padam.. beliau senyum.. sungguh bersahaja aku senyum.... kelat aku kemudiannya berlalu.. pura-pura ingin membuat sesuatu minggu lepas kami makan abc bersama.bukan abc yang ingin aku gaduhkan.hanya kerana aku tidak ingin lupa hari itu. sekian