Skip to main content

kehidupan sendiri itu sememangnya terasing,terpulang kau mahu kongsikan ia atau kekal begitu.

Entri- entri kebelakangan ni nampaknya semakin tidak sesuai dibaca terutama bagi mereka yang sedang berkembang otaknya. Dikhuatiri akan memudaratkan, seperti pembantutan perkembangan otak. Hal ini yang demikian ekoran daripada unsur-unsur cas negatif terlampau yang berlegar-legar rawak di sebalik huruf-huruf bergandingan yang membentuk satu demi satu perkataan dan baris-baris ayat.

Cas negatif ni macam toksin tahu? kalau aku taukey foot patch pasti aku promo: "gunalah footpatch saya ini..hanya lekat dan tidur, mudah bukan?" ditulis senada dengan harapan ia dibaca dengan nada ceria. Kenyataannya aku bukan. Jadi belilah jika kau rasa kau perlu. Pokoknya footpatch bukan isu aku di sini.

Berbalik pada tadi. Ya, unsur-unsur negatif dan blog ini. secara rambang, usul kasarnya begini:-

i) berhenti menulis. biarkan blog ni begitu sahaja.tiada update.bukapun jangan.biar berkulat.tapi dalam keadaan aku sekarang semacam mustahil
ii) tutup blog ni dari public. update senyap2, baca sorang.jadi populasi infected memang tak kan ada.
iii) tutup blog semacam tak berapa efektif.pasti aku akan buka dia semula selepas beberapa hari.takpun beberapa minit kemudian. Oleh itu buat akaun lain, blog lain.
iv)tulis je ape yang aku mau.biarkan mereka.dengan populasi pembaca blog ni tak terkesan pun pada penduduk bumi. cas negatif itu perlu.baru lah hidup berwarna warni.

suatu keburukan itu diizinkan belaku supaya manusia menggunakan akal mencari kebaikan bagi memperbaiki keburukan itu...

Bunyinya semacam aku ada kepentingan diri.mengguna pakai hujah tertentu demi membela atau menutup kesalahan diri. hal yang berlakunya tidak. tapi aku sendiri pun tergerak berpandangan macam tu bilamembacanya. Aku cuba membawa suatu yang umum, bergandingan dengan entri yang khusus, demi menyampaikan suatu yang berasingan, part by part..

jika nyata mereka berbeza, mengapa harus bersama? Penjelasan mudah: mereka memerlukan sesama sendiri.

pemikiran manusia itu sendiri berbeza, itulah sebab nya mengapa mereka berkomunikasi.

perkara iv) nampak seperti sengaja diberatkan.
sekian~

Comments

Unknown said…
ehem3.. ak pembaca tegar blog nih..
jgn la tutup..
kurg2, terubat gak rindu ak kt korg2 nih~

siyes! rindu~~

cam x percaya? percayalah~~~~~
plusminus said…
yeayh...(perlahan2 & meleret2..) haha..macam tukang cerita dengan blog aku:saling memerlukan.

hhaha~

ak percya...ak percya...

Popular posts from this blog

ketika itu kami berbual pendek

aku : sehat? beliau: sehat. beliau diam sejenak lalu menyambung bersahaja beliau:biasalah tu..sampai masa...padam.. beliau senyum.. sungguh bersahaja aku senyum.... kelat aku kemudiannya berlalu.. pura-pura ingin membuat sesuatu minggu lepas kami makan abc bersama.bukan abc yang ingin aku gaduhkan.hanya kerana aku tidak ingin lupa hari itu. sekian

chicken?

hanya ayam boleh melintas?hehe...

gedebuk!

tulisan huduh bersama ilustrasi aneh