Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

si mengantuk tak sedar diri

alarm nset dah lama bunyi dan sedia dimatikan..(alarm untuk tido ya,bukan untuk bangun bak kata rumet aku)..cek history sent file saja cek balik file yang kawan aku bagi tadi jam berapa.."oh 1.00a.m..."bisik hati aku. mencongak-congak dalam fikiran sambil jari terus menekan-nekan papan kekunci, dengan mengandaikan aku mula mendengar lagu itu 30 minit selepas selamat ia diterima,jeling sikit-sikit jam desktop 4.55 pagi...ok skang amek otak jepun mula nak kira... dengan tempoh lagu selama 4.23 minit, makanya.... (cari pensel & kertas kotor... semangat nak wat kira-kira ni..ketuk-ketuk otak jepun jap..) hasilnya,dengan tempoh masa selama 205 minit,kira-kira 48 kali lagu ini dimainkan tanpa henti...hahaha.. sekian~

sepetang si pengamen cilik

kala mentari mula menyembunyikan diri, dua orang kana-kanak,lelaki dan perempuan lingkungan umur 5 hingga 12 tahun barangkali.. mungkin jauh lebih muda..menyanyikan lagu ini.. MemujaMu by ST 12 bila aku lihat bulan semua begitu indah terbentang di langit jika ku lihat bintang memang begitu indah bertabur di langit oh..semua apa yang ku lihat hanya Tuhan yang bisa menciptakan semua Tuhan memberi keindahan yang terindah seisi langit dan bumi ciptaanMu Tuhan biarkan aku berada di sini biar ku tahan laju angin ajarkan aku menyebut namaMu ajarkan aku untuk hidup tiada tuhan kecuali Allah Allahu Akbar Allah Maha Besar ijinkan aku bersujud padaMu ku agungkan kebesaranMu Tuhan memberi keindahan yang terindah seisi langit dan bumi ciptaanMu Tuhan oh... biarkan aku berada di sini biar ku tahan laju angin ajarkan aku bersujud padaMu ajarkan aku untuk hidup tiada tuhan kecuali Allah Allahu Akbar Allah Maha Besar ijinkan aku bersujud padaMu ku agungkan kebesaranMu.. biarkan aku berada di sini biar ...

F maaF

hai. teringat dulu - dulu rakan sekolah aku sangat gemar bermain dengan kertas warna- warni.mereka gemar menghias.tak kesah lah menghias apa pun.yang pasti kalau ada pertandingan keceriaan-keceriaan ni memang seronok betullah.semangat gila. dulu - dulu, setiap tahun ada pertandingan kebersihan dan keceriaan.jadi, setiap tahun kami memang kutip duit untuk tuuan itu selain menjana kewangan dorm masing-masing.akhir tahun nanti boleh buat jamuan.tak pun menjana modal meniaga masa hari terbuka. oh berbalik pada kisah tadi.ya, bermain dengan kertas warna.mungkin tak semua, tapi kebanyakan dari kami memang gemarkan aktiviti itu.masa lapang akan diisi dengan menconteng kertas yang ada..(kegiatan ini boleh mengasah tulisan sendiri)hari-hari seperti 'friendship day' akan meriah dengan kad2 ucapan..takpun bila nak dekat-dekat minggu periksa.memang jarang nak jumpa kad kedai. jadi,sambil mengenang hari-hari lalu, aku cuba menggiatkan diri dengan 'kertas warna'.ia mengambil masa yan...

perjalanan masih jauh

malam itu hujan baru saja berhenti.dingin.kiri kanan jalan ada lopak-lopak air. b:esok bangun awal pagi tolong kejut aku... b:nak buat psm. suasana hening seketika. a:betol ke ni? b:tsk.T_T sedikit terhina .

permintaan

aku bukan lah bercita-cita yang sangat tinggi untuk minta lebih...tak banyak pun yang aku minta.bukan selalu pun..ini betol.minta sikit saja.seminggu satu epi..tapi kalau dapat lebih satu epi pun aku tak kisah... beliau bukan heroin ini beliau sebelom cuti ni aku akan pastikan paling-paling pun satu epi.. ! (nada yang bersemangat dan sungguh berkobar-kobar )

bila mimpi jadi kenyataan

bila impian jadi kenyataan? pergh rasa seronok betol..kalau buleh satu donia kamu nak bagitau..paling-paling pun orang sekiling mesti tahu..selalunya kawan karib atau orang yang rapat-rapat... kalau mimpi jadi kenyataan... memang kadang-kadang mimpi best-best..macam kalu dapat makan free makanan lazat tapi bila jaga azan zohor pun belum berkumandang lagi..hampa bukan?kalau buleh rasa macam tak mahu bangun..kadang-kadang siap pasang doa lagi berbuka nanti lauknya nak dekat sama macam dalam mimpi siang tadi.. macammana kalau mimpi yang tak berapa nak best?tiba-tiba jadi kenyataan pula...haru... nota kaki:terasa diri macam angela petrelli.. selamat berulang tahun merdeka~

susun atur bukan 5s

susun perkataan sambil meng'kaya'kan bahasa. jika kamu diberi 2 perkataan..sila dengan suka hati susun perkataan itu secara begandingan.contoh seperti dalam iklan di televisyen.hati dan buah.susun jadi buah hati.. baik.mari mulakan..gandingkan 2 perkataan secara suka hati.. 1.kambing 2.sedap 3.najis 4.keras. selamat maju jaya~

berjalan - jalan di petang hari

hari pertama,jalan-jalan pada waktu petang bersama rumet mencari juadah berbuka.seronok betol berjalan di bazar..lagi - lagi kalau ada anak pokcik nudin (bukan nama sebenar). hahahaha riang ria berbunga-bunga terpesona...kalau ada lah... selamat berpuasa~

kenapa......

kenapa bila aku donlod fail pdf lambat saja..siap 1 jam lagi kena tunggu.tapi bila aku donlod cerita sungguh sekejap.5 saat pun buleh siap.memang mengkagumkan. lain contoh tedekat seperti sekarang.kejap betol dia load nk update blog.tapi nak buka science direct punya lah bercinta. sebentar tadi pun dia pandai mengeciwakan aku. donlod cerita dah siap pun.210 Mb lagi.tapi fail pdf yang 'amat besar tu' ...fail?cis!'amat besar'..2Mb akibatnya aku sudah khatam pun mei-chan no shitsuji.memang seronok cerita ni.lagi-lagi bila frust setadi project management & economic.buleh sambung keesokan harinya sampi habis lepas frust tak dapatjawab PME. esok kena jumpa sv PD dan PSM..agak2 cerita apa pula aku buleh khatam esok malam? orang kacak dan pedangnya amoi heroin bila berambut panjang... orang kacak bersama amoi heroin mereka

hobi itu mengisi masa lapang

aku memang tidak gemar kalau program motivati ada sesi memperkenalkan diri. selalunya mereka akan tanya hobi dan cita-cita. seperti soalan yang membunuh. bila fikir akan ketiadaan hobi dan cita-cita terasa seperti ada yang tidak kena, lalu kebiasaannya aku akan berharap menjadi orang yang akhir-akhir,senang mahu goreng hasil penjanaan idea dari mereka yang lebih awal. " walaupun tarikh akhir masih lewat jangan awak fikir boleh berehat.bila ada masa lapang cari lagi maklumat dan buatlah tugas awak.elakkan kerja saat akhir.awak mungkin akan tertinggal maklumat yang penting "-oleh dr ramesh versi telah diolah berbahasa melayu selepas ini mungkin aku sudah ada hobi. hobi yang diberi oleh dr ramesh. walaupun cita-cita itu masih samar2 sekian

ketika kamu ingin kata kamu terlupa...

...fikirkan kembali adakah pernah kamu ambil peduli berbekalkan jaringan tanpa wayar yang hidup segan mati pun tak berapa mahu melur menjengah peti emelnya setelah sekian lama membiarkan ia sepi...sepi tetapi tetap dipenuhi emel-emel yang dia tidak tahu siapa pengirim nya..sungguh misteri.selalunya dia membiarkan mereka-mereka bersemadi aman dalam kotak spam...biar mudah untuk dia membuangnya tanpa menjenguk walau sekilas cuma..akan tetapi ada juga beberapa di antara mereka yang terselamat..seperti k***********r .fikir melur dia cuma dengar perkara itu ketika membaca emel tersebut. seorang abg man (bukan nama sebenar)memberitahu bahawa aktiviti abg man dan rakan seperjuangan telah berjaya dijalankan. terdetik oleh melur "oh,bingung saya seketika" demi mencari jawapan bagi kebingungan seketika ini dia melawat sebentar kumpulan itu . lawatan seketika yang membuahkan hasil,jawapan dicari dihadapan mata kebingungan sebentar tadi terurai serta merta. "oh,mereka...patut la...

sukarnya membuat keputusan

baru tadi aku pulang semula ke kampus..macam-macam aku fikirkan untuk update kali ini.ke tandas pun masih tidak terlepas berfikir.. fikir ...fikir lagi kembali berfikir... dilema sungguh aku ini.. oh,sukarnya membuat keputusan!

hujan turun sedikit - sedikit angin bertiup dengan agresif..

*angin bertiup dengan agresif* aku akui BM aku dulu bukan A1...maaf.. jam kini 3.53 pagi..sangat sejuk sebab angin yang agresif sedang bertiup tiup...demi internet yang sedikit laju aku masih bertahan...disebelah blok c5.. demimu report....dan game2 internet yang aku cerita suatu ketika dulu *skrin aku sedikit basah kerana hujan yang sedikit-sedikit itu tadi.. T_T

semalam ulang tahun kelahiran kak long

kak long,selamat ulang tahun kelahiran habis saja zaman sekolah menengah beliau, aku memang tidak mendengar apa-apa desas desus atau cerita..mahupun berita perihal kak long juga tiada. kerana aku masih ingat ulang tahun kelahiran kak long,jadi aku anggap saja ucapan ini sampai kepada beliau. mungkin aku tidak ingat rupa kak long,tapi yang pasti aku amat yakin kak long dan aku sangat kontra..ya,dari pelbagai aspek.

karut 5 : siri bercakap dengan sayuran 2 - aku kamu nostalgik

.melihat akan kamu yang begitu 'aku tidak bersalah' dan 'tidak tahu menahu' itu aku ingin kata ia hanya sedikit terkesan pada aku..sedikit. sangat tipu jika aku kata tidak terkesan langsung. kini kata ganti diri aku-kamu itu begitu hebat di sebut2 sekeliling aku. sekeliling aku,nostalgik kubis: weh jum kawen aku : ahaha...kawen la sorang2 ok ok..kamu buleh buat linnholff march itu becinta sama aku kita kawen.

teknologi cubitan

"Utility Conservation for Production of 100 000 MT/Annum Ammonia Plant" aku baru berkenal-kenal dengan kek decanter tapi beberapa hari yang lalu aku kirimkan ucapan dalam hati aku khas buat kek yang tidak boleh dimakan itu. "slamat tinggal kek,jika kita masih bejodoh,maka dapatlah aku tahu macam mana kamu menjerap organik cemar itu...kini perkenalan ini menjadi kenangan..harap kamu tidak ambil hati.." teknologi cubitan ini boleh diguna pakai untuk mengurangkan kos utiliti..begantung pada beberapa keadaan....kami masih belum bersuai kenal..jadi aku hanya tahu sikit..lebih sesuai jika aku mengaku aku tidak tahu apa-apa sebenarnya... T_T..

membuang masa itu asyik

ya..sungguh syahdu bila kita mengisi masa yang tak berapa lapang dengan perbuatan ketika masa lapang.asyik. dimulai dengan sekadar ingin mencuba.. cuba-cuba...cuba jaya mengejar high score .. dan kini aku addicted . woah... ada satu game ni.. typing maniac . heh sungguh jeles aku akan mereka yang ber high score itu. cis.

??

2 bulan berlalu...maaf,hampir 2 bulan berlalu..sindrom 'merasai kafe amat jauh' dan 'bercinta ke kafe' semakin menguasai aku.demi mengelakkan diri bertemu ' kenalan zaman lampau ' aku minta pertolongan rakan setia iaitu mee segera.ataupun nama manja beliau megi.megi ini setia.ada tika aku perlukan pertolongan.tapi kadang kala beliau tidak berapa setia kerana terikat dengan rakan baiknya iaitu wang dan ina shoppe.ini kerana kelewatan aku bertemu ina shoppe hingga beliau menutupkan diri.lalu menggagalkan aku meminta pertolongan dari megi.selain ina shoppe rakan seperti tunas mart dan giant juga berjasa.tapi mereka jauh.oleh itu tidak berapa berjasa.. sekian.

karut 4

b: aku ingin mencari kotak a: untuk apa? b: untuk aku fikir diluarnya.kau tahu dimana? a: tidak a: sudah jumpa?kotak itu b: sudah. a: pasti? b: mungkin a: dimana? b: sana a: tiada apa di sana

ketika itu kami berbual pendek

aku : sehat? beliau: sehat. beliau diam sejenak lalu menyambung bersahaja beliau:biasalah tu..sampai masa...padam.. beliau senyum.. sungguh bersahaja aku senyum.... kelat aku kemudiannya berlalu.. pura-pura ingin membuat sesuatu minggu lepas kami makan abc bersama.bukan abc yang ingin aku gaduhkan.hanya kerana aku tidak ingin lupa hari itu. sekian

sekadar meluangkan masa yang sedikit

"dalam dunia ini ada setiap 7 orang yang mukanya seiras.." pernahkah kamu dengar? kalau kita jumpa kesemuanya kita akan mati.aa...dalam erti kata lainnya berjumpa dengan 6 orang yang lain itu lah..[ tapi aku baru saja dengar kalau sudah jumpa mereka semua tu dunia mau kiamat.hehe ] Dulu ketika zaman kanak-kanak aku yang jahil itu, bila ada sedara yang meningggal aku akan fikir arwah sudah jumpa akan 6 orang yang lain itu. perihal 7 orang itu..kamu percaya? bila tiba waktu dan ketika..sekian~

chicken?

hanya ayam boleh melintas?hehe...

...

tee hee..

seupaya mungkin bila menjawab

internet menjadi ok sejurus selepas aku membaca tag dari pink...ia seperi menyuruh aku jawab tag beliau segera mungkin.mungkin pink itu berdaulat.risau akan ditimpa tulah seupaya mungkin aku menjawab 1. If you can be an animal, what will u be? - aku ingin menjadi mimpi indah..... 2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money? - sedekahkan kepada fakir seperti robin hood 3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why? - didalam dinding....kerana dinding ada dimana-mana.kecik-kecik dulu aku selalu terpedaya cerita-cerita ada laluan rahsia dalam dinding..kadang-kadang aku akan cuba seupaya mungkin cari di dinding rumah..mana tahu ada laluan rahsia.. 4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why? - bila sampi waktu dan ketika...masih lalu untuk makan kah? 5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why? - seorang saja kah?mungkin kalau ramai aku akan mahu jadi pembunuh upahan dalam ...

mungkin aku melupainya

melihat tag oleh pink,mengingatkan aku akan sesuatu. perihal dahulu aku ada satu baju yang bertulis 'what if' tapi kini ia seperti tiada. dalam almari..tiada baldi...juga tiada.. aku rasa aku patut carinya di ampaian.. babai oh..lain kali aku jawab tag ya,tunggu internet ok..hehe

seperti tidak percaya tapi kamu tidak hairan pun

suatu ketika dulu kamu sering dengar cerita atau buruk tingkah seorang itu tetapi kamu sekadar mendengar, seimbas lalu..memikirkan kamu tidak lihat akan ia, dan seorang itu seorang insan yang berjasa. namun kemudian kamu lihat ia berlaku ke atas seorang yang lain. Ketika itu kamu rasa simpati, lalu cerita perihal seorang itu datang kepada kamu.kali ini bukan hanya seimbas lalu. lalu kamu mula berfikir seorang itu berjasa, pada nama..pada zahirnya. dan perihal itu seperti kamu alami suatu ketika dulu, ketika seorang itu seorang insan yang berjasa seperti tidak percaya tapi kamu tidak hairan pun

impian yang semakin tercapai

impian semakin tercapai walaupun aku tahu cuma dalam angan-angan semata.. ya, ini sekadar angan kosong..lebih sekadar hiburan dikala keserabutan berleluasa.. kamu itu kamu no 7. yang seakan-akan tercapai er.. no.10 juga erk..ini sekadar hiasan.percayalah.. hhaha~ sekian

saya minta maaf saya cinta kamu

haha..ia berbunyi aneh...baik..mari tukar kepada maaf, aku cinta kamu.oh..masih sedikit aneh.apa yang mendorong marathon hingga pagi ini adalah kerana ia drama korea..dan heroinnya cantik.tapi keutamaannya tentulah hero dia yang TUP..hhaha~ pesanan : aku ingin kata aku suka menikmati keindahan ciptannNya

sesungguhnya kita hanya merancang

malam ini, sebentar tadi rumet dan aku keluar makan.di kedai mokcik.aku tidak tahu namanya apa jadi panggil kedai mokcik saja.bungkus cuma.nasi goreng kampung 2..bihun sup 2.mungkin kerana orang tidak ramai, beberapa minit kemudian mokcik muncul dengan bungkusan makanan kami.2 bungkus bihun sup..menurut mokcik 2 bungkus lagi itu nasi goreng biasa..beliau terlupa ada kampung dihujungnya.aa..ok tak mengapa mokcik.menunggu baki aku membuka bungkusan nasi goreng biasa itu.oh..mee goreng..

menyanyi lagi~

mari menyanyi.. Teardrops On My Guitar lyrics Songwriters: Rose, Liz; Swift, Taylor Alison; Drew looks at me I fake a smile so he won't see What I want and I need And everything that we should be I'll bet she's beautiful That girl he talks about And she's got everything That I have to live without Drew talks to me I laugh 'cause it's just damn funny I can't even see Anyone when he's with me He says he's so in love He's finally got it right I wonder if he knows He's all I think about at night He's the reason for the teardrops on my guitar The only thing that keeps me wishing on a wishing star He's the song in the car I keep singing Don't know why I do Drew walks by me Can he tell that I can't breathe? And there he goes, so perfectly The kind of flawless I wish I could be She better hold him tight Give him all her love Look in those beautiful eyes And know she's lucky 'cause He's the reason for the teardrops on my gu...

kubu pertahananku musnah

maka sebentar saja lagi kubu itu akan musnah..ini serius. berat hati aku ingin musnahkan kubu pertahanan itu..yang aku bina sepanjang perjalanan ini.. haha..ok aku tipu.sebenarnya aku sedang kenyang,makan sudah aku tadi maghrib..namu rezeki yang datang itu jangan ditolak..hehe trimas dan terima kasih lagi.kekenyangan itu mengundang rasa mengantuk..alangkah nikmat jika aku tido saja.tetapi malam ini aku akan bertahan..ya, demimu kubu, episod kemusnahan ini harus ditamatkan.. ayuh!! (dengan nada yang penuh bersemangat) sekian~

menyanyi dengan aku

mari menyanyi.. lagu ni dah lama..tak silap aku masa sekolah menengah la lagu ni...mari-mari~ baru betul oleh akar Baru betul - Akar

"..ada orang kata matematik ada orang kata ilmu hisab.."

jika kamu berzaman dengan ku..kamu tahu ia adalah sebaris lirik lagu.. sekarang ialah jam 0224 pada 16 mei 2009 selamat hari guru~ pada jam ini ak nyanyi dalam hati lagu ini dengan penuh semangat..tidak tahu mengapa...mungkin sebab hari guru..aura hari guru lah aku rasa..mengenangkan hari guru..jujur aku kata zaman sekolah dulu aku bukanlah pelajar yang selalu memberi ucapan hari guru kepada mereka....yang katanya guru..adapun beberapa orang saja..seingat aku mungkin 2 orang..selebihnya hanya rakan sebelah saja yang berkata dan aku sekadar senyum.. seingat aku lah..jika ada yang aku tidak ingat..maknanya aku mungkin telah tipu kamu..secara tidak sengaja...tak mengapa..andaikan saja aku mereka cerita.. ada orang panggil cikgu..ada yang panggil guru.. sama juga jika orang itu ialah manusia..takpun perpustakaan itu ialah khutub khannah.. namun jika bagi segelintir orang kata ajar itu ialah didik..sesetengah suara ada menyebut pengajar itu bukan pendidik..situasi ini mungkin hampir sama de...

bilamana gurauan itu suatu membusankan

bilamana sign in & sign out bergilir dengan agresif.. ia kata signal strength itu low.. dan acquiring network address .. ia sedang bergurau dengan aku... gurauan dikala tidak ramai umat di bumi bertuah ini.. haish..tak mengapa.. aku biarkan ia bergurau selagi mana ia mahu. sekian~

karut 2

aku lihat aku dengar semakin aku dengar semakin tak ia terlihat semakin aku fikir semakin ia kabur diam aku membisu kelu bukan kaku sabarlah wahai hati waraslah minda khabarkan berita gembira bukan sekadar gembira walhal nyata sekian~

karut

izinkan aku turut memanggil kamu kubis..mengenali kamu sepanjang hidupan ini..melihat dan mengingati kamu sebagai kubis..hampir setiap hari aku melihat kamu..kamu yang meriah digandingkan apa sahaja..tidak kira kuah lemak atau kicap..mahupun bersama nasi ayam..namun aku sekadar lewat..melihat ...dan kamu berlalu pergi... ilustrasi penulis

kematian

aku lewat.. ia mati.. kehilangan itu menyedihkan ya.. sedih.. anak-anaknya masih ada.. mereka tenat. aku tahu akhirnya bagaimana.. sungguh menyedihkan.. aku yang gagal.. maaf hari ini 28 april 2009 sekian

jalan belum diambil

ia bukan " the road not taken " dan Robert Frost juga tidak pernah tahu aku siapa. Adsorption of organic pollutant by microwave treated Decanter Cake ..... ..... selamat berkenalan ilustrasi penulis sekian~

lucky day

lucky day bukan hari ini..juga bukan semalam..kelmarin juga bukan esokkah? esok itu kan misteri..bukan aku yang kata..tapi pepatah inggeris. ya..pasti kamu pernah dengar.kalau tak pernah pun tak mengapa.ia tidak mengubah apa-apa.. bukan perihal hari ini untung atau tidak yang ingin diperkatakan. lucky day itu sedikit aneh. memang tidak berapa l ucky siapa yang minum. tapi dia merangkap si taukey lucky day itu memang lucky .. kerana sekarang tidak ada air. dan kami tidak ada pilihan yang lain. tambahan di ina shoppe hanya ada lucky day .. maaf lah..tapi ia memang rasa begitu.. sekian~

superb

hi, petang-petang busan dengan tulisan - tulisan dan simbol aku google gamba-gamba menarik. klik sini. aku rasa orang yang ambil gamba ini memang superb .. minggu depan final ,selamat maju jaya~ saya sibuk haha..baek....aku bukan gamers .cuma aku rasa sampai sini saja kali ini. sekian~

tekanan dan kebusanan

tekanan itu membusankan kebusanan itu menekankan mereka saling berkait. Mungkin adik beradik yang terpisah sewaktu kecil, atau saudara mara jauh. Tak pun orang kata bau-bau bacang.. tapi aku rasa mereka ialah starnger yang tinggal bersebelahan. Ya, seperti jiran sebelah-menyebelah. Tiada pertalian darah mahupun hubungan kekeluargaan. Kebarangkalian saling mengenali itu tidak banyak. Perkaitan antara jiran yang pasti ialah mereka mendiami kejiranan yang sama. seperti mereka.. tekanan itu stress tekanan berterusan mengundang kebusanan kebusanan yang menekankan kadang kala aku bertanya " ey..bile stress nk buat ape?" ayatnya barangkali bukan bagitu.tapi lebih kurang lah.. plusminus ..minda rasional aku akan jawab "lek2..wat 1-1..." tapi pergerakan dalam sedar ini tidak terus bertindak begitu.seperti nasihat minda rasional. hampir 3 hari dihabiskan dengan tidur dan tidak membuat apa apa kerja..er..tak kira ke tandas, makan, solat, dan lain-lain. dialog-dialog jeky...

tiada apa-apa

nothing ever happen here sekian~

kegembiraan

happines itu kegembiraan kegembiraan adalah suatu situasi,suasana yang penuh gembira. Manakala gembira itu sejenis perasaan. maaf kalian, sijil kamu semua rusak. ia gara-gara perbuatan aku, nyata ini tidak menggembirakan. haish.. the enigma of happiness tidak gembira kerana sijil yang tidak menjadi? tidak.juga kehidupan itu kompleks. sekian

tag? erk....

mula2 bia aku salin tampal dulu tag itu..ia dari pink 1. Make a list of what you want on your birthday 2. The list should be 10 numbers 3. Post the image of this award to your posting 4. Give it to 10 frens of yours kemudian bia aku fikirkan... .... .... err..buleh tangguh tak? ok ok..ini list itu 1#list 1. tempat tinggi..haha 2.makanan best 3.ganeko..haha buleh? 4.hari yang aman 5.pesta tdo seharian di rumah 6.bungee jumping 7. haha..tak reti guna maseh buleh blaja bukan? 8.aku,kamu ,kamu, dan kamu ke no.1 9.menikmati n0.2 selepas no.6 bersama kamu kamu dan kamu juga tidak terkecuali 10.bersama no7 dari kamu kamu mungkin juga kamu...dalam dunia kecilku..mari ke dunia ku.. hahaha 3#image? award? aa..aa.. 4# tak mencukupi 10..tapi tak mengapa..aku cuba juga bukan? -miss h -jue -situ bum -dan pink. (haha buleh kah?) tak ramai baca blog aku..oleh itu selebih 6 orang itu ditujukan khas kepada sesiapa diluar sana.. hhaha~ sekian~

aku salin aku tampal = salin tampal

THE CONTEST One day a group of scientists got together and decided that man had come a long way and no longer needed God. They picked one scientist to go and tell Him that they were done with Him. The scientist walked up to God and said, “God, we’ve decided that we no longer need you. We’re to the point that we can clone people and do many miraculous things, so why don’t you just go on and get lost.” God listened patiently to the man and after the scientist was done talking, God said, “Very well! How about this? Let’s have a man-making contest.” To which the man replied, “Okay, great!” But God added, “Now we’re going to do this just like I did back in the old days with Adam.” The scientist said, “Sure, no problem,” and bent down and grabbed himself a handful of dirt. God just looked at him and said, “No, no, no. You go get your own dirt!” "renung-renungkan..selamat beramah.." sekian~

hari ini bukan hari itu

ak lewat lagi..rentetan kelewatan malam tadi.. suda pagi sebenarnya .. trus menghadap " P.... D... .E. .." erk..aku dan PD? apakah .. "stadi page 814.." ya..ak ingat lagi pesanan itu..amat bersungguh aku cuba memahamkan diri.. dan dari pagi tadi aku hanya baca baris yang sama..ulang-ulang berakhir dengan merenung muka surat itu..yang sama dengan malam tadi aaa... jam menunjukkan jam 1357..o0..0o..aku ada kelaskah? mahu tanya rakan ku ini..kehabisan kredit pula..selang beberapa saat ada miscall . oh..aku memang ada kelas..capai apa yang patut, aku trun, menuju ke kelas.. ***** peristiwa malam tadi menyayat hati.. ya..hiperbola saja ni "mek makanan ko da kene jual.." oh..bia betik "cepat turun skang" bergegas aku turun dengan harapan itu cuma gurauan berbaur gertakan untuk aku segera turun..harapan meleset..sampai di kafe kelihatan jimi sedang berkemas untuk pulang.. oh..makanan..kamu pergi bersama orang laen.. mujur ada mak ngah ..makngah, kamu...

fokus

aku bukanlah peminat SO7 yang setia..ye baek..aku bukan peminat SO7 pn sebenarnya.tapi aku suka lagu ini, aku dengar banyak kali, pasang ulang-ulang. lirik ini khas untuk kamu,kamu dan kamu juga..mari dengar ramai-ramai, addicted bersama-sama..tidak lupa aku ingin ucap terima kaseh kepada kamu,yang beri lagu ini kepada aku.. XD Percayakan padaku oleh SO7 Saat mata terhalang oleh malam Tidur dan berkembanglah Saat sang pagi kembali menari Datanglah dengan hati Bila kau ragu pada impianmu Percayakan padaku Jalan hidup yang akan kau tempuh Percayakan padaku Tumbuhlah jadi pendampingku Seiring malam yang menjemput senja Kekasih percaya padaku kau nyata tercipta ‘tuk disampingku Kau takkan pernah tau apa yang kau miliki Hingga nanti kau kehilangan Maka jangan pernah tinggalkan aku Kekasih…Lagu untukmu kekasih perihal fokus : fokus aku terhadap OSH:PSM sedang menghilangkan diri, dan semakin segan menonjolkan diri kerana aku mencari lirik lagu ini..sabar fokus..aku juga mencari kamu, se...

lalala~

merah itu kamu

aku baru lepas test malam tadi, keciwa dengan paper itu buat aku rasa mahu tulis sesuatu yang jiwa-jiwa sikit. tidak aku lupa suara itu.. rambut itu.. ketinggian itu.. merah.. itu kamu kini jelas di hadapanku rambut itu.. ketinggian itu.. tetapi biru.. persis kamu ternyata bukan kamu p/s: i love you oh..itu tajuk cerita..sekali lagi p/s:amacam? ada jiwa tak?hhaha~

masih lagi hari ini

haha... berjaya nampaknya. sekian~